Wednesday, August 25, 2010

Terlalu berasid....

24/8/2010@8.15pm , selesai sahaja solat maghrib perut ku mula meragam. Anak2 lelaki memperagakan baju raya yang baru dibeli untuk ditunjukkan kepada aku. Suami dan anak2 bersiap untuk ke surau menunaikan solat Ishak dan solat Terawih. Sakit perut ku bertambah teruk dan aku dapat rasa ini adalah sakit yang telah beberapa kali ku alami akibat Gastrik. Telahan aku benar, angin mula menolak semua makanan dari perut aku dan aku memuntahkan kesemuanya yang aku makan semasa berbuka tadi. Tetiba aku sudah mula rasa pitam, nasib baik anak kedua ku dan Aida ada bersama ketika itu. Mereka menjadi kelam kabut. Perut ku mula serasa dihiris sebilah pedang, sakitnya menyusuk sampai ke belakang tubuh ku, badan ku sudah mula berpeluh dan aku muntah dan muntah sehingga terasa semua isi perut ku kosong. Kesakitan terus-terusan dan anak ku cuba menghubungi suami ku yang kebetulan handphonenya tertinggal di dalam kereta. Allah Maha Besar, dalam masa kekalutan cuba menghubungi suami ku, anak ku Syed Naim balik sekejab dari suarau kerana ingin menyalin baju yag dipakai. Melihat keadaan aku sebegitu, dia bergegas ke surau semula memanggil suami ku. Kami ke Klinik Amal, 2 injection diberikan kepada aku. Aku mendapat cuti sakit selama dua hari tapi aku perlu ke pejabat kerana banyak tugasan aku yang perlu aku bereskan.

Pagi ini keadaan beransur pulih tapi masalah lain pula timbul. Aku perlu pergi semula ke Klinik Amal untuk endapat kepastian mengapa air kencing ku bercampur darah.

No comments:

Post a Comment