Saturday, August 21, 2010

ALLAH~aku bersyukur.....

Hari ini, sebaik sahaja selesai memasak juadah berbuka puasa yang akan dinikmati bersama oleh adinda bongsu ku sekeluarga, terdengar satu letupan yang amat kuat betul-betul di belakang ku. Maya'allah kedengaran gas keluar dari tong gas dan aku cepat2 membuka kepala gas dan bunyi tadi terhenti, aku periksa sistem dapur gas dan mendapati bunyi letupan tadi berpunca daripada paip gas yang bocor. Ya ALLAH bayangkan jika kebocoran itu berlaku semasa api masih bernyala, tidakkah ini akan mengundang malapetaka kebakaran baik kepada aku mahupun seluruh keluarga ku. Ya Allah mungkin keberkatan bulan Ramadhan dan doa yang sentiasa aku panjatkan agar memelihara keluarga ku dari bala bencana telah Engkau makbulkan, terima kasih Ya ALLAH.

No comments:

Post a Comment