Saturday, August 21, 2010

Adinda Bongsu Ku

Syed Kamaruzaman bin Syed Khalid, menjadi anak yatim masa umurnya 3 tahun, menjadi anak yatim piatu semasa umurnya 11 tahun. Dia adalah adinda bongsu ku yang sangat aku sayangi. Hari ni dia sekeluarga hadir ke rumah. Aku tatap muka adik ku yang bongsu ini dengan rasa kasih dan sayang yang tidak dapat aku luahkan. Adik aku yang aku panggil BABY sejak kecil lagi telah jadi bapa kepada 3 orang anak dan sekarang berusia 37 tahun.

37 tahun, telah pelbagai asam garam kehidupan yang ditempuhnya baik semasa kami tinggal bersama sebelum masing2 berkeluarga mahupun semasa bujangnya dia tinggal bersama ku. Adik aku yag seorang ini sebenar amat manja, malangnya aku tidak tau bagaimana hendak menyatakan aku sangat sayang kepadanya. Masih aku ingat satu hari semasa dia bekerja di sebuah hotel di Kuala Lumpur, aku menjadi tidak keruan apabila setelah jam 12 malam dia masih belum pulang, aku tidak dapat tidur menanti kepulangannya, tepat jam 1.00 pagi baru nampak mukanya dan sedas penampar hinggap ke mukanya hadiah kerisauan aku terhadapnya. Rupa2nya dia tepaksa overtime sebab ada banyak function keesokkan harinya. Aku rasa menyesal memberikan 'hadiah kerisauan' kepadanya.

Yang amat menyayat hati tentang adik bongsu ku ini ialah apabila aku menerima panggilan telefon daripada abang kedua ku untuk pulang segera untuk melawat BABY yang sedang tenat di Hospital Ipoh, aku tidak dapat menahan sebak apabila mendengar berita itu yang mana ketika itu aku sedang bertugas luar di negeri Perlis. Setibanya aku di Hospital Ipoh, aku lihat keadaan adik aku amat menyedihkan kerana memerlukan alat bantuan pernafasan. Aku cium kedua-dua pipinya dan membisikkan kepadanya aku amat menyayanginya. Aku tidak tahan melihat keadaan adik aku pada ketika itu dan bertanya kepada Doktor bertugas apakah tindakan yang terbaik yang telah mereka lakukan. Jawapan yang aku terima amat mengejutkan kerana kepakaran untuk merawat adik aku hanya ada sama ada di IJN atau hospital Serdang. Tanpa lengah aku uruskan untuk memindahkan adik ku sama ada ke IJN atau ke Hos Serdang, rezeki dapat di Hos Serdang. Setelah menerima rawatan yang sepatutnya dan sebelum ajal berpantang maut adik bongsu yang aku sayangi telah mula menunjukkan tanda2 positif untuk keluar daripada Zon Bahaya, terima kasih Ya ALLAH atas rahmatMu yang tidak terhingga.

TAPI pada hari ini, adik aku yang aku rasa tiada harapan pada masa dia sakit telah mula berperangai kebudak2kan dan kemanja2an......tapi apakan daya kerana adik ku tetap seorang BABY dari dulu sampa sekarang......I LOVE U BROTHER....jadi la apa u nak jadi janji u bahagia...

No comments:

Post a Comment