24/8/2010@8.15pm , selesai sahaja solat maghrib perut ku mula meragam. Anak2 lelaki memperagakan baju raya yang baru dibeli untuk ditunjukkan kepada aku. Suami dan anak2 bersiap untuk ke surau menunaikan solat Ishak dan solat Terawih. Sakit perut ku bertambah teruk dan aku dapat rasa ini adalah sakit yang telah beberapa kali ku alami akibat Gastrik. Telahan aku benar, angin mula menolak semua makanan dari perut aku dan aku memuntahkan kesemuanya yang aku makan semasa berbuka tadi. Tetiba aku sudah mula rasa pitam, nasib baik anak kedua ku dan Aida ada bersama ketika itu. Mereka menjadi kelam kabut. Perut ku mula serasa dihiris sebilah pedang, sakitnya menyusuk sampai ke belakang tubuh ku, badan ku sudah mula berpeluh dan aku muntah dan muntah sehingga terasa semua isi perut ku kosong. Kesakitan terus-terusan dan anak ku cuba menghubungi suami ku yang kebetulan handphonenya tertinggal di dalam kereta. Allah Maha Besar, dalam masa kekalutan cuba menghubungi suami ku, anak ku Syed Naim balik sekejab dari suarau kerana ingin menyalin baju yag dipakai. Melihat keadaan aku sebegitu, dia bergegas ke surau semula memanggil suami ku. Kami ke Klinik Amal, 2 injection diberikan kepada aku. Aku mendapat cuti sakit selama dua hari tapi aku perlu ke pejabat kerana banyak tugasan aku yang perlu aku bereskan.
Pagi ini keadaan beransur pulih tapi masalah lain pula timbul. Aku perlu pergi semula ke Klinik Amal untuk endapat kepastian mengapa air kencing ku bercampur darah.
Wednesday, August 25, 2010
Saturday, August 21, 2010
Mencari jawapan....
Apa dan Mengapa....dua persoalan yang masih belum dapat aku cari jawapannya. Apa~ingin aku bertanya soalan ini kepada dia yang aku anggap seorang teman sejati, seorang yang tulus dan jujur semenjak aku kenali dirinya. Apa sebenarnya yang dia mahu daripada aku, aku telah cuba sedaya upaya ku untuk menunaikan setiap hajatnya mahupun cuba menyelesaikan/memberi cadangan penyelesaian setiap permasalahannya. Malangnya aku sentiasa terasa aku diperalatkan kerana setelah sesuatu permasalahan berakhir dia akan pergi meninggalkan aku terkapai2. Mengapa, mengapa dan mengapa....adakah persahabatan ini berlandaskan kepada situasi JIKA dan HANYA Jika ada masalah???? Aku ingin jalinkan satu persahabatan yang benar2 ikhlas, jujur dan berlandaskan kasih sayang kerana ALLAH. Jangan buatkan aku terus kebinggungan.
Adinda Bongsu Ku
Syed Kamaruzaman bin Syed Khalid, menjadi anak yatim masa umurnya 3 tahun, menjadi anak yatim piatu semasa umurnya 11 tahun. Dia adalah adinda bongsu ku yang sangat aku sayangi. Hari ni dia sekeluarga hadir ke rumah. Aku tatap muka adik ku yang bongsu ini dengan rasa kasih dan sayang yang tidak dapat aku luahkan. Adik aku yang aku panggil BABY sejak kecil lagi telah jadi bapa kepada 3 orang anak dan sekarang berusia 37 tahun.
37 tahun, telah pelbagai asam garam kehidupan yang ditempuhnya baik semasa kami tinggal bersama sebelum masing2 berkeluarga mahupun semasa bujangnya dia tinggal bersama ku. Adik aku yag seorang ini sebenar amat manja, malangnya aku tidak tau bagaimana hendak menyatakan aku sangat sayang kepadanya. Masih aku ingat satu hari semasa dia bekerja di sebuah hotel di Kuala Lumpur, aku menjadi tidak keruan apabila setelah jam 12 malam dia masih belum pulang, aku tidak dapat tidur menanti kepulangannya, tepat jam 1.00 pagi baru nampak mukanya dan sedas penampar hinggap ke mukanya hadiah kerisauan aku terhadapnya. Rupa2nya dia tepaksa overtime sebab ada banyak function keesokkan harinya. Aku rasa menyesal memberikan 'hadiah kerisauan' kepadanya.
Yang amat menyayat hati tentang adik bongsu ku ini ialah apabila aku menerima panggilan telefon daripada abang kedua ku untuk pulang segera untuk melawat BABY yang sedang tenat di Hospital Ipoh, aku tidak dapat menahan sebak apabila mendengar berita itu yang mana ketika itu aku sedang bertugas luar di negeri Perlis. Setibanya aku di Hospital Ipoh, aku lihat keadaan adik aku amat menyedihkan kerana memerlukan alat bantuan pernafasan. Aku cium kedua-dua pipinya dan membisikkan kepadanya aku amat menyayanginya. Aku tidak tahan melihat keadaan adik aku pada ketika itu dan bertanya kepada Doktor bertugas apakah tindakan yang terbaik yang telah mereka lakukan. Jawapan yang aku terima amat mengejutkan kerana kepakaran untuk merawat adik aku hanya ada sama ada di IJN atau hospital Serdang. Tanpa lengah aku uruskan untuk memindahkan adik ku sama ada ke IJN atau ke Hos Serdang, rezeki dapat di Hos Serdang. Setelah menerima rawatan yang sepatutnya dan sebelum ajal berpantang maut adik bongsu yang aku sayangi telah mula menunjukkan tanda2 positif untuk keluar daripada Zon Bahaya, terima kasih Ya ALLAH atas rahmatMu yang tidak terhingga.
TAPI pada hari ini, adik aku yang aku rasa tiada harapan pada masa dia sakit telah mula berperangai kebudak2kan dan kemanja2an......tapi apakan daya kerana adik ku tetap seorang BABY dari dulu sampa sekarang......I LOVE U BROTHER....jadi la apa u nak jadi janji u bahagia...

ALLAH~aku bersyukur.....
Hari ini, sebaik sahaja selesai memasak juadah berbuka puasa yang akan dinikmati bersama oleh adinda bongsu ku sekeluarga, terdengar satu letupan yang amat kuat betul-betul di belakang ku. Maya'allah kedengaran gas keluar dari tong gas dan aku cepat2 membuka kepala gas dan bunyi tadi terhenti, aku periksa sistem dapur gas dan mendapati bunyi letupan tadi berpunca daripada paip gas yang bocor. Ya ALLAH bayangkan jika kebocoran itu berlaku semasa api masih bernyala, tidakkah ini akan mengundang malapetaka kebakaran baik kepada aku mahupun seluruh keluarga ku. Ya Allah mungkin keberkatan bulan Ramadhan dan doa yang sentiasa aku panjatkan agar memelihara keluarga ku dari bala bencana telah Engkau makbulkan, terima kasih Ya ALLAH.
Friday, August 20, 2010
Tahun 2010
Hari pertama di Tahun 2010 aku menulis di blog yang telah lama aku tinggalkan. Ntah la mungkin sebab batasan masa atau kebuntuan minda. Namun aku berazam akan meneruskan catatan di batas-batas waktu yang ada. Tahun 2010 membuka lembaran baru, aku telah mula semula bekerja pada 8 Mac 2010 di tempat lama.
Minggu ini aku berada dalam kekalutan akibat masalah komunikasi yang tidak berkesan. Minggu ini semua jadi tak betul...baik di rumah mahupun di ofis. Minggu ini juga aku dapat mendengar sebuah lagu yang cukup menyusuk kalbu dan minda ku, Tahajjud Cinta nyanyian CT Nurhaliza (agak lama aku meninggal meminatinya), namun kehadiran lagu itu di kala aku sedang berhadapan kekalutan telah meredakan perasaan aku. aku sertakan link kepada lagu itu utk dikongsi bersama.....
http://www.youtube.com/watch?v=kY6V7stmWp8
Ramadhan yang hadir pada tahun ini, aku mengharapkan sejuta harapan untuk semua......

Subscribe to:
Comments (Atom)