Wednesday, May 20, 2009

Kiriman ucapan hari guru

16 Mei 2009, GURU PEMBINA NEGARA BANGSA, ... terima kasih buat ku, terima kasih buat jiran ku dan Terima kasih semua cikgu! Dalam meraikan hari guru tidak terlepas aku menerima ucapan melalui sms yang dihantar; aku ingin berkongsi sms-sms tersebut di sini:

1. Guru...dlm ajarnya ada harapan, dlm tegurnya ada doa, dlm marahnya ada sayang, dalam tawa ada mesranya, dlm diam ada bijaksana, dalam tangannya kita terbina, berbahagialah menjadi guru...slmt hari guru..noraiza zubir terengganu.

2. Biarpun kita org x berapa dipandang, x siapa nk bg anugerah tokoh guru, x tersenarai pun menerima apa2 penghargaan, tp org mcm kitalah pemangkin kemajuan bank rakyat, bank persatuan dsbnya. Nama kita tersenarai d biro angkasa, ctos, bank negara. alangkah besar peranan cikgu macam kita. selamat hari guru. - shakib pahang

3. A doctor saves lives, a lawyer defends lives, a soldier protects lives. But a teacher touches lives. HAPPY TEACHER'S DAY! - kabilan perlis

4. Selamat menyambut Hari Guru. Bersama memperkasa profesyen guru sebagai tunggak penghayatan budaya ilmu & pembinaan insan bersepadu. - zakiah kpm

5. I may appresiate coffee w/out SUSU, Nights w/out LAMPU, curry w/out LEMBU, burgers w/out KEJU, but NOT school w/out CIKGU! "HAPPY TEACHER'S DAY. - haliza JB

Banyak lagi ucapan yang aku terima, terima kasih hjh kamariah sandakan, kamariah kuala terengganu, suganthi tg malim, nik jpn pahang, amin jpn perliszaiton bpk and most of all dari TKKPM Dr Haili Dolhan dengan ucapan seperti berikut:
"Selamat menyambut hari guru. Semuga segala khidmat bakti dapat menepati hasrat untuk menghasilkan anak bangsa yg berguna kpd diri sendiri komuniti bangsa negara dan dunia"
aku gembira bercampur duka
gembira anak ku berjaya
berduka berpisah dengannya

aku bangga bercampur curiga
bangga anak ku berjaya
curiga anak ku tak terbawa


aku tetap gembira, bangga dan bahagia
akhirnya anak ku berjaya......

Anak ku berjaya ke menara gading

Alhamdulillah, anak ku berjaya menjejakkan kaki ke asasi dalam bidang TESL. Semoga bidang ini menjadi titik mula baginya untuk melangkah lebih jauh, biarlah anak aku lebih berjaya dari aku. Namun aku berdoa semoga walau setinggi manapun dia mengapai awan, dia tidak akan lupa melihat ke bawah, dia tidak akan lupa asal usulnya, dia tidak akan lupa akan agama dan bangsanya, dia tidak akan lupa perit jerih yang dilalui, dia tidak akan lupa diri......
Aku berterima kasih kepada insan-insan yang sentiasa memberikan dorongan, pertolongan, bantuan dan doa atas kejayaan anak ku. Semoga anak kedua dan ketiga ku terus menjejaki langkah kak long mereka. Ya Allah, berikanlah kesempatan kepada ku agar dapat melihat anak-anakku berjaya di dunia dan akhirat, amin.

23 hari dah tak memblog

Hari ibu, hari belia, hari jururawat dan Hari Guru semuanya telah berlalu selama 23 hari aku tidak memblog. Perlukah hari-hari tersebut diraikan? Adakah tanpa hari-hari tersebut golongan-golongan tersebut dilupa atau diabaikan. Hari Ibu... Adakah memadai untuk diraikan sehari? Bagi aku yang telah kehilangan ibu semenjak kecil lagi aku ingin meraikan ibuku setiap hari jika diberi peluang kedua. Ibu permata hati yang tiada tolok bandingnya....semoga ibuku ditempatkan dalam golongan mereka yang dirahmati Allah, amin.

Thursday, May 7, 2009

jika ini takdirNya

aku redha
malah qada dan qadar adalah lapis iman ku
destinasi ku sudah hampir ke penghujung
aku redha dengan apa yang aku perolehi
setiap keredhaan ku terhadap Nya
menambahkan kemurahan rahmat dan hidayah

Ya Allah
aku malu berhadapan dengan Mu
malu atas kelemahan dan kedaifan
malu atas kekurangan dan ketaatan

Ya Allah
aku sujud ke hadrat Mu
sujud kesyukuran
sujud ketaatan
kepada Mu sahaja aku bersujud

Ya Allah
ampunkanlah aku
ampunkanlah kedua ibubapa ku
ampunkanlah suami dan anak-anak ku
ampunkanlah sanak saudara ku
ampunkanlah jiran tetanggaku
ampunkanlah kaum muslimin dan muslimat

Ya Allah
seandainya hari ini hari terakhir bagi ku
tempatkan lah aku disyurga Mu
kerana aku tak sanggup ke neraka Mu
peliharalah suami, anak-anak ku dan insan-insan yang aku sayangi agar terus mentaati diri Mu

Wednesday, May 6, 2009

aku mula berkarya

sebenarnya aku telah mula berkarya seawal usia ku 14 tahun, artikel pertama aku pernah keluar dalam satu majalah yang diterbitkan oleh Jabatan Perpaduan Negara, kalau tidak silap aku tajuk majalah itu ialah Balai Muhibbah. Karya aku berkisarkan nilai-nilai perpaduan di kalangan remaja. Penulisan artikel itu berdasarkan pengalaman persahabatan aku dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa dan agama, mereka adalah Presana (di mana kau), Lee Kwai Fah (anak taukeh Lee Lam Siew...orang kaya sg siput tau!) Hui Pui Yee (yang aku dengar dah memeluk agama Islam), Lee Lam Seong, Rajah (emak Siam bapak india) dan ramai lagi. Hasil dari penulisan artikel itu aku menerima cek sebanyak RM80.00 (jumlah yang agak besar dalam awal tahun 80'an dan seusia begitu). Hari ini aku terpanggil untuk berkarya lagi tapi di atas platform elektronik yang serba pantas serta maju. Aku ingin berkongsi rasa, berkongsi harapan dan berkongsi hidup dengan orang-orang yang aku sayangi, rindui dan ingati.